rakan taulan :)

juz click if u like it..

Khamis, Februari 04, 2010

LaUtAn kEh|dUpAnKU….(**.)

LaUtAn kEh|dUpAnKU….(**.)



Dalam pelayaran kita ini

Andai hatimu kusakiti

Andai perasaanmu kulukai

Andai jiwamu ku gurisi

Izinkan aku mengubati

Dengan kata-kata kemaafan yang murni

Terima kasih,TEMAN…

Kau sudi berperahu beriringan

Denganku yang serba kekurangan

Akan ku anyam jasamu menjadi sebuah tikar kenangan

Akan ku susun baris-baris budimu menjadi sebuah puisi ingatan.



Saat perpisahan tiba jua akhirnya. hendak tak hendak aku terpaksa tinggalkan kampus ini.

Selamat tinggalteman-teman tersayang. Terima kasih di atas pengertian kalian selama ini.

Selamat tinggal para pensyarah yang amat kusegani. Terima ksih kerana telah membimbingku dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab

Selamat tinggal Kamar Aisyah. Terima kasih kerana telah mengizinkan aku berteduh dari hujan dan panas di sini. Terima kasih kerana telah melindungiku dari kedinginan malam.

Selamat tinggal Fakulti Ekonomi. Terima kasih kerana telah memperkenalkan aku pada kelas-kelas
dan bilik seminarmu tempat aku mengumpulkan mutiara-mutiara ilmu.

Selamat tinggal UUM.Sesungguhnya,bumimu telah memberi Sesutu yang bermakna padaku.

Aku harus pulang dahulu untuk menanti keputusan peperiksaanku. Aku akan datang semula untuk mendapatkan segulung ijazah yang ku impikan selama ini. Akan ku bawa ibu bapaku bersama. Ini adalah sebagai ganjaran di atas kesetiaan mereka selama ini.

Tetapi apakah aku akan lulus pepriksaan akhirku. Bagaiman jika di takdirkan aku gagal???


60 bulan kemudian…(^^.)

Setelah sampai ke puncak kejayaan. Aku tidak tahu ke mana aku harus tuju. Aku tak tahu pada siapa aku harus mengadu. Otakku beku. Fikiranku buntu.

Dalam keadaan yang tak menentu itu,aku terpaksa melangkah juga. Aku perlu mencari sesuap nasi dan seteguk air untuk meneruskan hidup.

Entah macam mana,ketika melangkah itu aku termasuk kedalam gua perasaanku sendiri. Aku terperangkap di dalamnya. Puas aku mencari jalan keluar. Malangnya ku tidak bersua dengan jalan keluar itu. Maka, tinggallah aku di gua yang sempit, rimas dan lembap itu.

Pada saat-saat aku laparkan kata-kata perangsang, pada saat-saat- aku dahagakan panduan dan bimbingan,kalian telah datang untuk memimpin ku keluar dari gua perasaan ini. Kalian membawaku ke persisiran pantai
fikiran yang lapang,nyaman dan menyegarkan.

Di sini,kalian mengajakku mengenang kembali pelayaranku. Kalian menunujukkan arah yangwajar aku tuju.

Terima kasih,kalian.
Kini aku sudah beroleh kekuatan. Aku sudah bertenaga sekali. Aku tahu ada
kebahagiaan tersembunyi di pulau kejayaan ini. Akan ku cari kebahagiaan itu
dengan akal fikiran dan tulang empat kerat pemberian Tuhan.

Biar siapa aku kelak.biar di mana aku berada kelak, aku pasti tidak dapat melupakan pelayaranku di lautan ilmu yang telah membawaku ke pulau kejayaan ini. Tenggelam timbulnya aku dalam pelayaran ini telah menjadikan aku cekal dan berani. Sesungguhnya,pelayaranku di lautan ilmu menyediakan aku untuk melayari lau yang lebih luas lagi iaitu LAUTAN KEHIDUPAN.

(dIpetik dn di ubhsuai dr…..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikhlas dari HATI