rakan taulan :)

juz click if u like it..

Sabtu, April 30, 2011

huJan dan buMi .. kiTa dan uJiaN


'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.


'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan insan pada Tuhan.'



Takdir yang datang pada kita dan untuk kita pula bukan untuk dipersalahkan, tetapi untuk sentiasa disyukuri setiap apa yang Allah S.W.T. kurniakan.

Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa. Perasaan dan luahan yang Allah S.W.T. kurniakan untuk setiap hamba-Nya bagi melengkapkan kesempurnaan ciptaan makhluk-Nya dan untuk menterjemahkan rasa cinta dan kasih sayang Allah S.W.T. buat hamba-hamba-Nya.

Namun yang menjadi salahnya apabila manusia melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah. Bunuh diri, makan pil tidur melebihi dos, minum arak, memaki hamun orang lain, menyebar fitnah dan sebagainya

Kadang-kadang kita rasa apa yang Allah S.W.T. takdirkan itu buruk untuk kita sampai kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya tidak begitu. Allah S.W.T. sayangkan kita. Allah S.W.T. tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.


Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita.

*kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah DIA beri pada kita xbyk mana pun yang DIA ambil sebenarnya....renung2kan lah...moga akan terbit rasa syukur di atas setitik nikmat yang diberikanNya..


*sumber: iluvislam

Sabtu, April 09, 2011

..H.|.D.U.P..ini..




‎..untuk BAHAGIA, BERJAYA, dan TENANG dalam hidup, kita mesti JELAS tentang apa yang PALING PENTING dalam HIDUP ini dan membuat kePUTUSan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi...

Khamis, April 07, 2011

.....its my life...




hehe..xde pa2...juz nk ckap..xsbar nk blik umah...
wowowowo....time kt umh bley la aktif2kn dri....lma dh ku xcomel2kan blog ni...sabo2...byk g yg prlu diselesaikan kt sni....byk post yg still kt draf coz xsmpat nk edit2 bgi comel....hihi...sabor la ye....=)

...itu H.A.T.I itu...



Kdg2 kita rasa orang akan pandang kita apabila kita punya KEKAYAAN (duit masyuk, umh besar), KECANTIKAN (hensem/cntik, bju branded), KEPANDAIAN (celit IT, akademik hbat, wkil sna sni), kePOPULARan (p mna2 pn org knal, kwan xptus2).

Tapi kita kena ingat tak semua orang TERLALU memandang semua tu. Ia hanya sampingan. Kalau pun kita ada smua tu, anggap la sbagi BONUS.

Yang penting HATI.

HATI yang tulus perlulah BIJAK menilai sesuatu.



Jika dia sentiasa ada bila kau senang, dan menyepi bila kau dalam kesusahan, dan dia datang kembali saat kau sedang meraih kejayaan. Adakah dia yang kau perlukan???


Hargailah org yang sentiasa ada tak kira sewaktu kita senang or susah. FAMILY adalah segalanya.




*cukuplah sekadar kau menerima dia seADAnya dia, bukan wang yang diminta, cukup sekadar memahami..=)

ikhlas dari HATI