rakan taulan :)

juz click if u like it..

Sabtu, April 30, 2011

huJan dan buMi .. kiTa dan uJiaN


'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.


'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan insan pada Tuhan.'



Takdir yang datang pada kita dan untuk kita pula bukan untuk dipersalahkan, tetapi untuk sentiasa disyukuri setiap apa yang Allah S.W.T. kurniakan.

Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa. Perasaan dan luahan yang Allah S.W.T. kurniakan untuk setiap hamba-Nya bagi melengkapkan kesempurnaan ciptaan makhluk-Nya dan untuk menterjemahkan rasa cinta dan kasih sayang Allah S.W.T. buat hamba-hamba-Nya.

Namun yang menjadi salahnya apabila manusia melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah. Bunuh diri, makan pil tidur melebihi dos, minum arak, memaki hamun orang lain, menyebar fitnah dan sebagainya

Kadang-kadang kita rasa apa yang Allah S.W.T. takdirkan itu buruk untuk kita sampai kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya tidak begitu. Allah S.W.T. sayangkan kita. Allah S.W.T. tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.


Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita.

*kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah DIA beri pada kita xbyk mana pun yang DIA ambil sebenarnya....renung2kan lah...moga akan terbit rasa syukur di atas setitik nikmat yang diberikanNya..


*sumber: iluvislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikhlas dari HATI