rakan taulan :)

juz click if u like it..

Selasa, Mac 23, 2010

Aku Redha YA TUHAN...



Erm...mengeluh lagi...sdah2 la skit....plz la jgn trbawa2 sgt ngn prasaan tu..
Waysimah, wake up..wake up syimah..!!!jgn dok berlengah2 lagi...hadapi smua ni dengan tabah.
Plz motivate urself to be a better Waysimah....dont give up...!!!



Ya Allah ,
Ya Tuhanku..
Kau ampunilah segala dosa hambaMu yang daif lagi hina ini..
Kau ampunilah dosa kedua orang tua ku,
Ampuni la dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..
Tempatkan la mereka dalam kalangan orang2 yang beriman ,

Ya Allah.. Kau tetapkan lah Iman Ku..
kau jauhkan aku
dari sebarang kejahatan dan kemungkaran..
Kau tunjukkan la aku, bimbinglah aku ke jalan yang Lurus.
Jalan yg diredhaiMU.


Sesungguhnya aku redha dengan apa yang terjadi.
Xsabar sgt nk blik umh....kalo nk jadi apa pn biar la jadi kt umh...biar la aku sakit kt umh...susah senang aku ngn kluarga aku..tu je yg aku taw skg ni...aku da sakit sangat...sangat..penatnya...asik mengeluh je kn aku ni...tpi aku msih sedar dan waras lagi untuk mempertimbangkan sesuatu itu...baik buruknya...bukan hanya dok mengeluh dn menggu supaya keajaiban terjadi...tpi aku sekarang sedang berusaha...berusaha untuk ke arah yang lebih baik...dan aku juga tahu dan sedar..kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan menentukan segalanya.

so,hrap2 tlg jgn rsau pasal aku...tpi msti org ckap, dh tak nak org rsau pasl dia knapa nk tulis2 kt blog ni...oit..!! ikut suka aku la nk tulis kt sni...hak aku..im not trying to create a problem to make people pity or symphaty with me..but im juz trying to express my feeling..aku bukan sengaja untuk mencipta masalah supaya semua org simpati dgn aku..bukan itu niat aku...




*kat sini aku juz tulia apa yang aku rasa..tanpa mengikut urutan peristiwa...apa yang terlintas dlm fikiran trus ja aku coretkan kt sni...ikut suka la org nk menilai mcm mana...sebab bagi aku setiap org da penilaian dan tafsiran yang tersendiri...aku juz tulis je pa yang aku rasa...tanpa menyentuh mana2 pihak...ini semua ttg aku,...

Ahad, Mac 21, 2010

Ntah...sesaja.. \(^_^)/

“Bersyukurlah dalam istighfar padaNya. Paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu”


“Kadang-kadang hati ni kuat dan kadang-kadang lemah dan kalah dengan godaan”

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?




Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.



Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat.

Jumaat, Mac 19, 2010

Debu-debu Dosa...




Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia

Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi



*aku pn tataw knpa mlm2 cmni ajin plak dok post2 lgu cenggini..hihi...tpi bguih gak..cba hayati btol2 lirik dia...kdg2 match ngn diri kita..insan yg lemah, yg tak punya apa,yg sering melakukan kslpan....andai sudah tersasar jauh, marilah sma2 kita bgun...prbaiki langkah yg pincang..Teguhkanlah Iman di hati...insyAllah...krna pintu taubatNya masih trbuka...

Mentari Hidup...





Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan


Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup

Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan


Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali





*andai tersasar dri landasan..kmbalilah ke pngkal jalan...msih ada pluan n blum trlmbt..
*jangan hanya seronok dok layan lagu ni ja...y not kalo kita sma2 hayati liriknya...moga2 kita diberi taufiq dn hidayah....moga taubat kita diterimaNya...InsyAllah...

Selasa, Mac 16, 2010

Lafaz Yang Tersimpan....

Lafaz Yang Tersimpan



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


so,sementara masih ada waktu...jgn sia2kan...andai sdap trtutup mata..tiada yang brguna..luahkan lah kalimah yang trsmpan sekian lama...mngapa sukar utk menunjukkan prsaan syg kepada mereka..kerana tanpa mereka siapa lah kita...jgn jadi ank yng derhaka dn jgn mnyesal di kemudian hari...andai disesali sekalipn, sdah tiada guna kerna smuanya sudah brakhir...gunakanlah peluang yg ada untuk melafazkan kalimah rahsia itu...

Isnin, Mac 08, 2010

mIss h0mE..

erm...xsbarnya nk blik umh...msti mcm2 dh brubah kan...
erm..tggal lbih krang sebulan je lagi nk blik...insyAllah aku akn wat yg trbaik..

owh..bru2 ni aku dpt taw yg spupu aku (k.Ilah) nk brtunang..(6.03.2010)
xsgka kn..sat je msa brlalu...

so, kt sni aku nk amik ksmpatan utk mngucapkan...

"SELAMAT BERTUNANG KEPADA KAK ILAH N ABG ZAM"
Semoga ikatan yang di bina ini akan terus mekar sehingga hari bahagianya tak lama lagi. amin..
Semoga berbahagia...xsbar nk blik mkan nsi mnyak...hihi


Gangguan Seksual...



23 FEB - AKTA GANGGUAN SEKSUAL DIWUJUD

seksual

KUALA LUMPUR: Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan bagi menangani isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita, termasuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata pihaknya sedang membincangkan akta itu bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung cara terbaik meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan wanita selain garis panduan sedia ada.

"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999 adalah satu-satunya garis panduan yang digunakan kerajaan bagi menangani masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini semalam.

Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa juga bentuk sama ada fizikal, lisan, isyarat dan gangguan psikologi, iaitu sesuatu sangat serius dan kesalahannya diperuntukkan mengikut Kanun Keseksaan.

Noriah berkata kementerian juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam dalam membincangkan mengenai isu berkaitan wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu privasi dalam kehidupan. Cadangan akta itu akan dilihat dan dibincangkan lebih lanjut," katanya.

Beliau juga berkata bilangan kes gangguan seksual di kalangan wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan memandangkan kebanyakan mangsa masih mempunyai perasaan malu dan takut untuk membawa kes kepada pihak berkuasa.

Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 27 kes tindakan tatatertib membabit-kan sektor awam dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata berdasarkan statistik, punca kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun lepas antara lain akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan kes) dan perebutan anak (tujuh kes).

Bagi 2007 pula menunjukkan 60 kes membabitkan perselisihan faham disebabkan pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan 25 kes bagi penagihan dadah, mabuk dan judi serta 36 kes dalam perebutan anak.


Sumber : Berita Harian


*jika bnda ni trjadi kt kita..jgn malu2 atau pn tkut nk lporkan sbb kalo kita diamkan...cba bygkan bpa byk lgi yg akan terkena...so,wlpun xbrlaku kt kita..tpi kalo kita ternmpk bnda2 yg mcm ni...ambik la tndakan yg swjarnya...bygkan prasaan org yg trkena bnda ni....sma2 lah kita mmbntras gejala2 cmni...

ikhlas dari HATI