Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >< >
Erm..ntah knapa...tba2 sy tringat..
Ya ALLAH Ya Tuhanku...
kau tabahkan lah hatiku dlm mendepani apa jua rintangan yang dtang..
aku x mahu trbuai2 oleh prasaan yg ntah pa2 ni...
BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan...
*Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa..=)
يَمحُوا اللَّهُ ما يَشاءُ وَيُثبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الكِتٰبِ ﴿٣٩﴾(39) Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". (surah Ar raad, ayat 39)
*Allah mghapuskan apa jua yang dikehendakiNya...=)
*Allah mghapuskan apa jua yang dikehendakiNya...=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan