Begitulah juga...
truly from www.iluvislam.com
Begitulah juga...
truly from www.iluvislam.com
Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?
MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,
"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."
TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?
Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...
Andai seorang perempuan itu datang...
ni truly aku amik dri www.iluvislam.com
Dunia seakan-akan gelap.
Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh.
Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?
Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup.
Semua insan pernah gagal kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.
Seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri".
Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.
Sayangi diri dan buatlah sesuatu demi kebaikannya, yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.
Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?".
Para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!".
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?".
"Belajar sungguh-sungguh!".
"Jaga hati!".
"Pakai topi keledar!''.
Maka kata si guru, "Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima".
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.
Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah.
Katanya, "Bagus!".
Maka orang di sekelilingnya hairan. Sepatutnya lelaki itu marah, kan?
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?".
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya, kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!".
"Bagus!"
Orang di sekelilingnya bertambah hairan. "Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Di kafeteria ada makanan yang enak serta kopi panas yang pastinya menyelesakan. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu".
Orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!".
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata, dan pastinya keputusan. Ini memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif.
Sentiasa positif dan optimis!!
Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi; Menuju Kejayaan. "Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah".
Sesungguhnya kejayaan itu tidak seperti menjamu selera di kedai makan.
SETIAP DETIK JANTUNG BERDEGUP,
SETIAP SAAT HELAAN NAFAS,
Rentetan perjalanan hidupku, serba sedikit akan ku abadikan di sini. Stiap kali aku terasa nak tulis, nk luah, nak cakap, nak kongsi...aku akn tulis kt sni...biar je la nk tulis apa pn...slagi x mgganggu mna2 pihak..harap faham. Aku just nk tulis pa yg aku suka ja.
One day tu kan, aku trbaca post one of my old friend kt FB. Byk jugak la aku bca..tpi kbyakannya mcm dia tu dlm kpyahan, tpi kata2 dia tu like he’s trying to heal himself. But then its ok la..dia sdar yg dia sdng di uji(slah stu kata2 dia). Tpi aku rasa mcm da kna mngena ngn aku, tpi kalo xdak kena mgena tu tataw la kan...dia ckp kt stu ‘apa yg kita nk itulah yg kita xkn dpt....TEMBAKAU’. kt sni aku wat interpretasi sndri la, may b dia xdpt nk mrokok ka sbb brkaitan ngn tmbakau, but then aku rasa xkn la smpai cmtu, pastu may b da kna mgena ngn aku, knapa aku rasa da kna mngena??dont ask ok.heheh. kalo bley aku nk komen kt stu, tpi apakan daya button ‘add as friend’ msih ada, so xdpt la. Tpi kalo bley aku nk ckp cmni la kalo ianya berkenaan ngan aku.... pa yg awk nk sbnarnya, pa yg awk cri,hurm.. kdang2 Tuhan xbgi kita pa yg kita nk tpi dia bgi pa yg kita perlu, mungkin akan ada yg lebih baik buat awk, sy yakin tu, mungkin juga dia xbgi pa yg kita nak kerna mungkin yg kita nak tu bukan yg terbaik buat kita, so, bersyukur lah kerna Allah tahu yg mana lbih baik buat hambaNya. Dan yakinlah suatu hari nnti, akan ada yg terbaik buat awk, sy yakin dan pasti kerna awk berhak dpt yg lbih baik.
Lupakan kenangan lalu, bukan cuba utk mmtuskan silatulrahim tpi adalah lbih baik tiada hubungan. Hope, awk fham. Even its hard for me too. Stu nasihat sy, wlau dgn sspa pn awk, jgn cuba nk mmbina, mmberi harapan kalau xmmpu nk tunaikannya, walaupun pda saat awk mlfazkan ‘hrapan’ trsbut awk rsa awk sudah cukup bersedia utk sgalanya, tpi igt lah kita tataw pa yg akn trjdi msa hadapan. Cuba la utk ckp trus terang, wlaupun ianya phit. Its better kalo nk malu skg, dri malu kmudian hari. Tingat plak kata2 lecture aku, at that time dia ngh crita psal kisah cinta ngn istri dia skg ni, dia ckp..... adlah lbih baik kalo kita putus smsa brtunang dri kita putus slpas kita kawin, kalo dia yg terbaik buat awk, sy sanggup lepaskan, xpa jgn buat kptusan trburu2, sy bgi awk msa smggu......bla3.. wow, hbat kisah ni. Xtually byk lgi la...bes la plak msuk tutorial dia..hehe. ok la, stakat tu je kot ttg kisah ni.
Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanya, bila dan bagaimana?
Wallahualam
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.
Cinta, bercinta, dicintai, mencintai... bukan untuk diubah, berubah dan mengubah seseorang seperti apa yang kita impikan. Terimalah dia seadanya, jika tak mampu memberikan komitmen sepenuhnya tak perlulah kita nak ‘mendesak’ seseorang itu untuk menjadi seperti apa yang kita dan orang sekeliling kita impikan. Cinta, bercinta, dicintai, mencintai bukan hanya dari luaran sahaja, yang dapat dilihat oleh mata kasar, dapat dinilai dari pandangan pertama tetapi cinta, bercinta, dicintai, mencintai perlulah datang, muncul serta hadir dari dalam hati kita, selamilah hatinya, kelak kita akan apa isi hatinya, dan adakah dia yang sesuai dan terbaik buat kita.