rakan taulan :)

juz click if u like it..

Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 15, 2011

Tw0 thOusand d0ubLe oNe...

skg dh msuk thun bru...2010...hnya tnggal kenangan...
so, nk mula dri mna ea..suppose aku post bnda ni dlu awl2 thun ri tu...
tpi sbb terikut2 dgn prasaan yg ntah pa2 tu...aku trpksa la..tlis pa yg aku nk tulis...

pa yg aku tulis sblum2 ni, of coz mmg ttg prasaan aku...
but its okay..aku dh tggalkan bnda tu smua...
dh tak ingat dh...anggap ja bnda tu xdak pa2....

at that time aku cuba utk 'heal' prasaan aku....so that, aku tulis la cm tu...
xtually, luaran mmg nmpak ok...tpi dalam hanya tuhan sja yg tahu...
but now...aku dh ok....

be the best that you 'you' can be..live life to the fullest...hihi
happy2 la skit...hehe...im truly ok...:))



so, dengan ini aku berharap...thun 2011 ni akan lebih bermkna dlm hidup aku...pasal msalah pa smua tu, besa la...hadapi ja...spjg perjlanan kita msti akan ada bnda2 yg mcm tu...mna mgkin smooth ja...so, harapnya akan ada lebih sinar dlam H.A.T.I aku thun,,,,
sama juga aku harapkan utk smua org, moga segala urusan kita dipermudahkan olehNYA..insyAllah...Aminn

blum terlmbat g kot nk ucap...

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..
*may ALLAH bless us...

Khamis, Januari 13, 2011

...bLack dOts..



dlm perit terselit bahagia, dlm gmbira mngkin jua trselit duka...
siapa taw..hanya hati kita...
mmg...mmg...bibir mmg mdah ckap sabar, tabah...
tpi hati siapa jua tahu....
utk cuba buat hati ini juga tabah, sabar, dan tenang...
byk yg prlu gelora yg prlu dhadapi...

x x x x x x x

dalam idup ni kdg2 kita msti prnah merasa kcewa kan..kcewa sgt...
disbbkan ssuatu terjdi xsprti pa yg drncangkan, dimana knyataan yg xssuai dgn harapan...
ssah nk terangkan, kdang2 pa yg mmpu, juz let it go with the flow..
ikut ja dlu, jgn tergopoh2, trburu2 dlm mmbuat ssuatu kputusan...
even at that time kita mrasa sgt2 'sakit', xpa, tenangkan dulu hati tu..


x x x x x x x


bgi aku kita prlu 'selesai'kan or 'hadapi' sesuatu msalah yg dtg..
kdg2 pa yg terjadi dlm idup kita, bley mggelapkan ati kita..dugaan la smua tu..
so, pa2 pn yg terjadi hadapi dgn tabah...
insyAllah, kita akn lebih matang dlm mghadapi ujian dariNya...


x x x x x x x

kerna, aku yakin kita smua taw...
stiap dri kita hanya mrncang(yang trbaik pd pndngan kita), tpi ALLAH s.w.t jua yang menentukan...


"Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya."



*sujud syukur padaNYA..kerna aku masih dbri pluang utk mndekatiNYA..

Sabtu, Disember 18, 2010

Hanya Nyanyian Dalam Sepi...



Bgi aku tak perlu dikenang kan perkara yang tidak elok pada pandangan kita yang org telah wat kt kita...bukankah itu lebih mnyakitkan hti...mungkin ada salah kita juga....Cuma kita yang kadang-kdang tak sedar.ataupun sedar tapi tak mengaku...lumrah khidupan.


Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan air mata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tetapi, sedarilah kita mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah. Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara. Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti persahabatan.



Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

( korus )
Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal

ATAS DASAR APA SEMUA NI....XPHAM SYA...



Bingung..kecewa..marah...sakit hati..keliru...bersyukur..

Setiap perasaan itu acap kali bertandang dlam fikiran aku waktu ini...

Entah apa yang telah terjadi...

Aku tak faham dengan apa yang telah terjadi...siapa lagi aku aku hrapkan untuk menerangkan semua yang sedang terjadi ini..kat mana silapnya..aku pn keliru..

Kawan2..ada ka???

Ntah la...pa yg pasti aku rasa nk nangis sangat2...tataw knapa..kt spa yg aku nk ngadu...kawan2??...perlu ka aku luahkan kt diorang...mna mungkin...ni masalah aku...biar aku sndri yg simpan...

Mgkin juga aku kecewa dan teramat terkilan....

Betul juga kata dia...family adalah segala2nya..kawan hanya sementara..patah tumbuh hilang berganti...(tapi aku tak berapa setuju skit la....tdak ke mngguris prasaan kwan2 kita kalo kita ckap cmtu...mna mngkin hdup sorng2...prlu gak brgaul..hmmm)

Dulu..aku pnah slap...pergi tnpa beri pluang untuk seseorang mnjelaskan apa sebenarnya yang berlaku..aku pntingkan diri sndri..aku terburu2..tpi skg..aku dh cuba bgi ruang, aku dh cuba ktepikan desakan pribadi..erm..ntah di mana silapnya..aku pn tak taw..aku mintak maaf di atas segala2nya..

Buat masa sekarang aku perlu hidup untuk diri sendiri dan keluarga aku...chewah ayat mcm desperate sgt..hahaha

Xdak la...pa yg aku tulis,,hnya luahan prasaan. Hakikatnya..realitinya..aku ttap ok..b positif...aku mmpu harungi smua ini...

Pa yang aku nk ckp sekarang..ambik la sberapa banyak masa yang awk nk untuk awak tenangkan diri...muhasabah diri...perbetulkan pa yg slap...

Mntak maaf...kalo awak rasa sy tak amik berat pasal awk..bukan apa..seboleh2nya..sy xnk msuk cmpur, sibuk2 amik taw hal peribadi org lain...mntak maaf sgt....

Mulai dri hari ini..byk yang telah aku fikirkan...byk yg bermain dlm fikiran aku...byk juga smngat2 yg ada dlm dri aku tlah mnonjolkan diri...dimana impian aku hanya untuk diri aku dan kluarga aku...dengan sebulat tekad walau dengan apa cara sekali pun..aku takkan bnarkan sesapa pn hdir dlm hati aku sewenang2nya...

Kjam??tak berhati perut??xpkir pasal prasaan org lain??...huh..persetan dengan semua tu..its up to you nk ckap pa pn...nk fkir pa pn..its my LIFE...

Ahad, November 07, 2010

mencari yang S.E.M.P.U.R.N.A



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL..



truly from www.iluvislam.com

Selasa, September 28, 2010

Kejayaan....


Dunia seakan-akan gelap.
Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh.
Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup.

Semua insan pernah gagal kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.



Seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri".

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.



Sayangi diri dan buatlah sesuatu demi kebaikannya, yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?".

Para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!".

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?".


"Belajar sungguh-sungguh!".
"Jaga hati!".
"Pakai topi keledar!''.

Maka kata si guru, "Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima".




Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah.

Katanya, "Bagus!".

Maka orang di sekelilingnya hairan. Sepatutnya lelaki itu marah, kan?

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?".

"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya, kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!".

"Bagus!"

Orang di sekelilingnya bertambah hairan. "Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Di kafeteria ada makanan yang enak serta kopi panas yang pastinya menyelesakan. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu".

Orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!".

Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata, dan pastinya keputusan. Ini memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif.

Sentiasa positif dan optimis!!

Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi; Menuju Kejayaan. "Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah".

Sesungguhnya kejayaan itu tidak seperti menjamu selera di kedai makan.



p/s=xtually bnda ni aku amik dri www.iluvislam.com

SETIAP DETIK JANTUNG INI BERDEGUP...

SETIAP DETIK JANTUNG BERDEGUP,

SETIAP SAAT HELAAN NAFAS,

Rentetan perjalanan hidupku, serba sedikit akan ku abadikan di sini. Stiap kali aku terasa nak tulis, nk luah, nak cakap, nak kongsi...aku akn tulis kt sni...biar je la nk tulis apa pn...slagi x mgganggu mna2 pihak..harap faham. Aku just nk tulis pa yg aku suka ja.

One day tu kan, aku trbaca post one of my old friend kt FB. Byk jugak la aku bca..tpi kbyakannya mcm dia tu dlm kpyahan, tpi kata2 dia tu like he’s trying to heal himself. But then its ok la..dia sdar yg dia sdng di uji(slah stu kata2 dia). Tpi aku rasa mcm da kna mngena ngn aku, tpi kalo xdak kena mgena tu tataw la kan...dia ckp kt stu ‘apa yg kita nk itulah yg kita xkn dpt....TEMBAKAU’. kt sni aku wat interpretasi sndri la, may b dia xdpt nk mrokok ka sbb brkaitan ngn tmbakau, but then aku rasa xkn la smpai cmtu, pastu may b da kna mgena ngn aku, knapa aku rasa da kna mngena??dont ask ok.heheh. kalo bley aku nk komen kt stu, tpi apakan daya button ‘add as friend’ msih ada, so xdpt la. Tpi kalo bley aku nk ckp cmni la kalo ianya berkenaan ngan aku.... pa yg awk nk sbnarnya, pa yg awk cri,hurm.. kdang2 Tuhan xbgi kita pa yg kita nk tpi dia bgi pa yg kita perlu, mungkin akan ada yg lebih baik buat awk, sy yakin tu, mungkin juga dia xbgi pa yg kita nak kerna mungkin yg kita nak tu bukan yg terbaik buat kita, so, bersyukur lah kerna Allah tahu yg mana lbih baik buat hambaNya. Dan yakinlah suatu hari nnti, akan ada yg terbaik buat awk, sy yakin dan pasti kerna awk berhak dpt yg lbih baik.

Lupakan kenangan lalu, bukan cuba utk mmtuskan silatulrahim tpi adalah lbih baik tiada hubungan. Hope, awk fham. Even its hard for me too. Stu nasihat sy, wlau dgn sspa pn awk, jgn cuba nk mmbina, mmberi harapan kalau xmmpu nk tunaikannya, walaupun pda saat awk mlfazkan ‘hrapan’ trsbut awk rsa awk sudah cukup bersedia utk sgalanya, tpi igt lah kita tataw pa yg akn trjdi msa hadapan. Cuba la utk ckp trus terang, wlaupun ianya phit. Its better kalo nk malu skg, dri malu kmudian hari. Tingat plak kata2 lecture aku, at that time dia ngh crita psal kisah cinta ngn istri dia skg ni, dia ckp..... adlah lbih baik kalo kita putus smsa brtunang dri kita putus slpas kita kawin, kalo dia yg terbaik buat awk, sy sanggup lepaskan, xpa jgn buat kptusan trburu2, sy bgi awk msa smggu......bla3.. wow, hbat kisah ni. Xtually byk lgi la...bes la plak msuk tutorial dia..hehe. ok la, stakat tu je kot ttg kisah ni.

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanya, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.

ikhlas dari HATI