rakan taulan :)

juz click if u like it..

Jumaat, Mac 19, 2010

Debu-debu Dosa...




Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia

Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi



*aku pn tataw knpa mlm2 cmni ajin plak dok post2 lgu cenggini..hihi...tpi bguih gak..cba hayati btol2 lirik dia...kdg2 match ngn diri kita..insan yg lemah, yg tak punya apa,yg sering melakukan kslpan....andai sudah tersasar jauh, marilah sma2 kita bgun...prbaiki langkah yg pincang..Teguhkanlah Iman di hati...insyAllah...krna pintu taubatNya masih trbuka...

Mentari Hidup...





Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan


Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup

Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan


Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali





*andai tersasar dri landasan..kmbalilah ke pngkal jalan...msih ada pluan n blum trlmbt..
*jangan hanya seronok dok layan lagu ni ja...y not kalo kita sma2 hayati liriknya...moga2 kita diberi taufiq dn hidayah....moga taubat kita diterimaNya...InsyAllah...

Selasa, Mac 16, 2010

Lafaz Yang Tersimpan....

Lafaz Yang Tersimpan



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


so,sementara masih ada waktu...jgn sia2kan...andai sdap trtutup mata..tiada yang brguna..luahkan lah kalimah yang trsmpan sekian lama...mngapa sukar utk menunjukkan prsaan syg kepada mereka..kerana tanpa mereka siapa lah kita...jgn jadi ank yng derhaka dn jgn mnyesal di kemudian hari...andai disesali sekalipn, sdah tiada guna kerna smuanya sudah brakhir...gunakanlah peluang yg ada untuk melafazkan kalimah rahsia itu...

Isnin, Mac 08, 2010

mIss h0mE..

erm...xsbarnya nk blik umh...msti mcm2 dh brubah kan...
erm..tggal lbih krang sebulan je lagi nk blik...insyAllah aku akn wat yg trbaik..

owh..bru2 ni aku dpt taw yg spupu aku (k.Ilah) nk brtunang..(6.03.2010)
xsgka kn..sat je msa brlalu...

so, kt sni aku nk amik ksmpatan utk mngucapkan...

"SELAMAT BERTUNANG KEPADA KAK ILAH N ABG ZAM"
Semoga ikatan yang di bina ini akan terus mekar sehingga hari bahagianya tak lama lagi. amin..
Semoga berbahagia...xsbar nk blik mkan nsi mnyak...hihi


Gangguan Seksual...



23 FEB - AKTA GANGGUAN SEKSUAL DIWUJUD

seksual

KUALA LUMPUR: Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan bagi menangani isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita, termasuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata pihaknya sedang membincangkan akta itu bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung cara terbaik meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan wanita selain garis panduan sedia ada.

"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999 adalah satu-satunya garis panduan yang digunakan kerajaan bagi menangani masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini semalam.

Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa juga bentuk sama ada fizikal, lisan, isyarat dan gangguan psikologi, iaitu sesuatu sangat serius dan kesalahannya diperuntukkan mengikut Kanun Keseksaan.

Noriah berkata kementerian juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam dalam membincangkan mengenai isu berkaitan wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu privasi dalam kehidupan. Cadangan akta itu akan dilihat dan dibincangkan lebih lanjut," katanya.

Beliau juga berkata bilangan kes gangguan seksual di kalangan wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan memandangkan kebanyakan mangsa masih mempunyai perasaan malu dan takut untuk membawa kes kepada pihak berkuasa.

Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 27 kes tindakan tatatertib membabit-kan sektor awam dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata berdasarkan statistik, punca kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun lepas antara lain akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan kes) dan perebutan anak (tujuh kes).

Bagi 2007 pula menunjukkan 60 kes membabitkan perselisihan faham disebabkan pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan 25 kes bagi penagihan dadah, mabuk dan judi serta 36 kes dalam perebutan anak.


Sumber : Berita Harian


*jika bnda ni trjadi kt kita..jgn malu2 atau pn tkut nk lporkan sbb kalo kita diamkan...cba bygkan bpa byk lgi yg akan terkena...so,wlpun xbrlaku kt kita..tpi kalo kita ternmpk bnda2 yg mcm ni...ambik la tndakan yg swjarnya...bygkan prasaan org yg trkena bnda ni....sma2 lah kita mmbntras gejala2 cmni...

Ahad, Februari 28, 2010

Dalam Kehidupan Kita ini....



Assalamualaikum...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Dalam kekalutan dunia ketika ini..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua...
....Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya...
....Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil...
....Dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa...
Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya...
Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala lupa kepadaNya..
....Dan kadang kala kita ingat kepadaNya.
....Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya.


...Sering kali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud...
"Islam itu tinggi, tiada yang tinggi selainnya"
...Tapi sayang sekali..kita yang merendah-rendahkannya...kita menjauhkan diri daripadanya...bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita....
...Kita lalai dengan kehidupan kita...sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita...sehingga kita lupa Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhatikan kita...



Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNya...sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya...
....Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya....
....Kita juga tahu adanya dosa dan pahala...bahkan kita juga tahu adanya Syurga dan Neraka...
....Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T Yang Maha Kuasa.


Masihkah dikau ingat akan firman Allah S.W.T dalam Hadith QudsiNya yang bermaksud:
....Daripada Abu Hurairah r.a...

Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu...
Dan Aku bersama dengannya....ketika dia ingat kepadaKu..
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya..
Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu...
Dan jika dia ingat kepadaKu....dalam lingkungan khalayak ramai..
...nescaya Aku juga akan mengingatinya...dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik..
Dan jika dia mendekatiKu sejengkal..
...Aku pun akan mendekatinya sehasta..
Dan jika dia mendekatiKu sehasta...
...Nescaya aku mendekatinya sedepa..
Dan jika dia datang kepadaKu berjalan...
...Maka aku mendatanginya dengan berlari...

(Hadith Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi)



Buat mutiara Islam..yang InsyAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah,
Walau sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan....
Sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita...
Oleh itu, kembalilah kepadaNya...
Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya.
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya.




*Untuk renungan, tatapan, pedoman, pengajaran kepada semua dan diriku juga...Andai hdup ini telah jauh dari landasannya, kembalilah kepadaNya...InsyAllah, masih ada peluang dan punya banyak waktu untuk kita sama-sama memperbaiki diri, muhasabah diri untuk ke arah yang diredhaiNya...moga-moga taubat kita diterimaNya...Amiinn..

Sabtu, Februari 27, 2010

Masalah Metabolisme...


Masalah Metabolisme


Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.


Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:
1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.
2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.
3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.


Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :


UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak.

MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.



Cara meningkatkan Kembali Paras Metabolisme

· Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

· Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil secara tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

· Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

· Buat senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.

· Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksid daripada badan.

· Tidur yang secukupnya membuatkan badan mendapat rehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.



Petikan : Mag. EH Mac 2008


knpa aku pkir nk post bnda ni..sbb aku da mslah ni...bla mkan ja asik nk p toilet...igtkan de mslah pe...rpanya kdar metabolisme tinggi...bguih la tu...hehe

ikhlas dari HATI